TeknologiKewangan

Banyak Kes Scam Sekarang, Yang Pakai Online Banking Kat Phone Wajib Check Setting Ni Selalu

Cara Check Setting Telefon Perbankan Internet Untuk Lebih Selamat

Sekarang ni ramai betul yang pakai online banking kena scam habis duit yang simpan dekat bank hilang. Sebenarnya dah ramai yang buat laporan berlaku kes sebegini bukan baru sahaja tapi sejak bertahun dulu. Scammer memang ada pelbagai cara nak hack atau curi duit kita dalam bank tu. Helah yang digunakan tu kadang-kadang bertukar-tukar jadi pihak bank pun boleh jadi tak dapat kesan modus operandi yang digunakan sebab sentiasa berubah.

Jadi kita ni sebagai pengguna haruslah sentiasa berwaspada dan peka dengan isu semasa malah simpanan kita walaupun berada di dalam bank yang disangkakan sentiasa selamat. Memang betul bila kena scam ni kita boleh je dapatkan semula wang berkenaan sebab pihak bank boleh bantu kita kerana ianya bukan transaksi yang sah atau authorized transaction. Tapi ianya mungkin ambi masa lama kerana perlu disiasat betul-betul. Jadi tindakan yang paling selamat adalah mencegah daripada merawat.

Cara Check Setting Telefon Perbankan Internet Untuk Pakai Online Banking Lebih Selamat

Untuk pakai online banking ni, kita perlu tahu cara nak semak tetapan atau settings agar lebih selamat. Antaranya seperti yang dikongsikan saudara Fariz Hazwan berikut:

Memandangkan isu CIMB ni tengah hangat.
Ramai pertikai macam mana boleh transfer duit ke acc scammer tanpa TAC.
Ini berlaku kemungkinan acc anda dah link dekat telefon scammer tu.
Sekiranya ada, boleh delete dan tukar password anda secepat mungkin.
Boleh check selalu untuk pastikan tiada telefon tidak dikenali ada access kepada acc CIMB anda.
Ini ikhtiar selain nak mengharap CIMB upgrade security mereka.
Boleh tengok gambar untuk semak langkah2 tersebut.

Padam Akses Telefon Lain CIMB

1. Log masuk aplikasi CIMBclicks dan slide ke tepi untuk pergi ke Setting

2. Klik pada Setting

3. Lihat pada Other Registered Device, jika ada peranti lain selain telefon yang digunakan sekarang boleh padam atau Delete

 

Padam Akses Telefon Lain Maybank

Untuk yang menggunakan Maybank pula boleh ikuti langkah berikut:

1. Log masuk ke aplikasi Maybank2U

2. Klik Butang 3 Baris di kiri atas skrin dan klik Me

3. Klik My Devices, dan sekiranya ada peranti lain selain telefon yang digunakan boleh padamkan dengan klik Delete

 

Ini antara langkah yang boleh kita buat untuk pastikan internet banking atau online banking kita lebih selamat. Kalau duit dah hilang pula perlu ikut langkah yang tertentu pula boleh baca lanjut di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button