KewanganInformasi

Pengeluaran Khas KWSP Perlu Ganti Semula Dengan Tambahan 20%. Ini Penjelasannya

Soalan Lazim Pengeluaran Khas KWSP

Ramai tak sabar dengan berita gembira yang diumumkan kerajaan iaitu Pengeluaran Khas KWSP. Setelah pengeluaran i-Lestari, i-Sinar, i-Citra, kini kerajaan sekali lagi membenarkan pengeluaran wang daripada simpanan akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan. Ini amatlah ditunggu-tunggu oleh kebanyakan rakyat kerana ianya dapat membantu meringankan beban yang sedang dihadapi orang ramai kerana pandemik COVID-19 dan juga masalah ekonomi yang telah menjejaskan pendapatan.

Melalui Pengeluaran Khas KWSP yang boleh dimohon mulai 1 April 2022 hingga 30 April 2022 ini, orang ramai boleh mengeluarkan duit daripada Akaun 2 dahulu, sekiranya tidak cukup boleh mengakses Akaun 2 dengan jumlah pengeluaran minimum RM50 (perlu meninggalkan baki Akaun 1 sebanyak RM100) dan maksimum RM10,000. Apa yang menarik lagi adalah wang tersebut akan dibayar secara sekali bayaran sahaja mulai 20 April 2022. Ini pastinya dapat membantu orang ramai yang memerlukan untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan membayar hutang dan sebagainya.

Soalan Lazim Pengeluaran Khas KWSP (FAQ)

TERKINI: Permohonan Pengeluaran Khas Akan Diselesaikan KWSP Sebelum Hari Raya Aidilfitri

Namun sebelum membuat pengeluaran, pastikan kita semua telah membaca dan memahami soalan lazim Pengeluaran Khas KWSP. Berikut adalah FAQ Pengeluaran Khas KWSP dan sedikit penjelasannya:

1. Mengapakah Pengeluaran Khas diperkenalkan?

Pengeluaran Khas adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP membiayai keperluan dan menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran dalam tempoh Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ sementara ekonomi negara pulih daripada pandemik COVID-19.

2. Siapakah yang layak memohon?

  • Ahli KWSP yang berumur di bawah umur 55 tahun, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
  • Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

3. Bolehkah ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini memohon Pengeluaran Khas?

Ya, ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini layak memohon Pengeluaran Khas, tertakluk kepada baki Akaun 1 dan Akaun 2, dan amaun kelayakan.

4. Bolehkah ahli yang merupakan anggota perkhidmatan awam dan berada dalam skim perkhidmatan berpencen memohon Pengeluaran Khas?

Anggota perkhidmatan awam boleh memohon Pengeluaran Khas. Walau bagaimanapun, mereka berisiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kelak.

5. Berapakah amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan?

  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM10,000.
  • Amaun pengeluaran minimum adalah RM50.
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses.

6. Bagaimanakah penggunaan simpanan Akaun 2 dan Akaun 1 bagi pembayaran Pengeluaran Khas?

Bayaran Pengeluaran Khas akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.

Ilustrasi penggunaan Simpanan Akaun 2 dan Akaun 1 adalah seperti berikut:

Senario 1

Senario 2

Senario 3

Senario 4

Senario 5

Baki Akaun 2 (RM)

15,150

3,150

150

0

49

Baki Akaun 1 (RM)

50,000

12,000

3,450

165

99

Amaun Kelayakan (RM)

10,000

10,000

3,5001

651

Tidak

Layak2

Amaun pengeluaran daripada:

Akaun 2 (RM)

10,000

3,150

150

0

Akaun 1 (RM)

0

6,850

3,350

65

Nota:

1Ahli perlu mengekalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.

2Ahli tidak layak kerana ahli perlu mengekalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1 serta baki Akaun 2 kurang daripada RM50.

7. Mengapakah ahli perlu mengekalkan simpanan minimum di dalam Akaun 1 sebanyak RM100?

Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar ahli KWSP dapat mengekalkan status sebagai ahli dan terus menikmati manfaat sebagai ahli KWSP.

8. Bilakah permohonan Pengeluaran Khas boleh dibuat?

Permohonan boleh dibuat mulai 1 April 2022 hingga 30 April 2022.

9. Bagaimanakah cara untuk memohon Pengeluaran Khas?

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my. Capaian pada portal ini juga boleh diakses melalui aplikasi mudah alih (mobile app) i-Akaun.
Portal ini hanya boleh diakses bermula 1 April 2022.

10. Bilakah bayaran Pengeluaran Khas mula dibuat?

Bayaran akan dibuat bermula 20 April 2022.

11. Bagaimanakah cara bayaran Pengeluaran Khas?

Pengeluaran Khas akan dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment).

12. Bagaimanakah pembayaran Pengeluaran Khas akan dibuat kepada ahli?

Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar:

  • Akaun bank (simpanan atau semasa)
  • Akaun bank masih aktif
  • Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)

Peringatan:

  • Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.
  • Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang tidak dapat membuka akaun bank, atau berstatus muflis sahaja.
  • Pemilihan secara Arahan Bayaran akan menyebabkan bayaran pengeluaran ahli lewat diterima, berbanding kaedah pengkreditan terus ke dalam akaun bank.
  • Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP.
  • Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan RHB Bank.

13. Bolehkah ahli membatalkan permohonan Pengeluaran Khas?

Ahli tidak boleh membatalkan permohonan selepas permohonan dihantar.

14. Bolehkah amaun Pengeluaran Khas dipinda?

Ahli tidak dibenarkan membuat pindaan amaun selepas permohonan dihantar.

15. Apakah yang dimaksudkan dengan penggantian semula amaun pengeluaran?

Ahli perlu menggantikan semula semua amaun yang dikeluarkan di bawah Pengeluaran Khas dengan tambahan 20%.

Ilustrasi amaun penggantian semula adalah seperti berikut:

Amaun Pengeluaran Khas

RM10,000

20% daripada amaun pengeluaran

20% x RM10,000 = RM2,000

Amaun penggantian semula

RM10,000 + RM2,000 = RM12,000

Caruman baharu yang diterima akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 termasuklah tambahan 20% lagi daripada amaun yang telah dikeluarkan.

Setelah penggantian semula selesai, caruman ahli akan kembali seperti biasa (70% ke dalam Akaun 1 dan 30% ke dalam Akaun 2).

16. Apakah rasional penggantian semula serta tambahan 20% daripada amaun pengeluaran?

Rasional bagi menggantikan semula amaun yang telah dikeluarkan adalah untuk memastikan ahli mempunyai simpanan selepas persaraan.

Tambahan 20% yang ditetapkan adalah berdasarkan anggaran kehilangan/ kerugian dividen (opportunity loss) ke atas jumlah pengeluaran tersebut dengan purata 5% dividen tahunan kerana ahli dijangka akan mengambil masa antara empat hingga enam tahun bagi mengembalikan amaun pengeluaran sepenuhnya.

Ini bertujuan untuk memastikan simpanan dapat dibina semula dengan cepat dan memanfaatkan gandaan dividen, selain mengimbangi antara keperluan mendesak semasa dan simpanan masa hadapan.

17. Apakah implikasi Pengeluaran Khas ini terhadap kelayakan untuk pengeluaran pra-persaraan yang lain?

Kelayakan bagi permohonan pengeluaran pra-persaraan yang lain seperti pengeluaran perumahan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya adalah tidak terjejas sekiranya ahli mempunyai baki simpanan dalam Akaun 2 selepas Pengeluaran Khas.

18. Bolehkah simpanan dalam Akaun Emas digunakan untuk Pengeluaran Khas?

Simpanan Akaun Emas tidak boleh digunakan untuk Pengeluaran Khas.

Akaun Emas merupakan caruman ahli selepas umur 55 tahun. Ahli layak untuk mengeluarkan simpanan tambahan ini setelah berumur 60 tahun. Ini bertujuan untuk memastikan kecukupan simpanan persaraan ahli pada waktu tersebut.

19. Bagaimanakah ahli boleh menyemak jumlah simpanan KWSP mereka?

Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:

  • i-Akaun (Ahli)
  • Aplikasi mudah alih (mobile app) i-Akaun
  • Kios KWSP

20. Bagaimanakah ahli boleh menyemak status terkini permohonan Pengeluaran Khas?

Ahli boleh menyemak status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:

21. Adakah ahli beragama Islam diwajibkan mengeluarkan zakat ke atas Pengeluaran Khas?

Secara umumnya, ahli beragama Islam bertanggungjawab mengeluarkan zakat sebanyak 2.5% ke atas simpanan yang telah memenuhi syarat berikut:

  • Sempurna milik (milkut taam) iaitu simpanan yang boleh dikeluarkan dan digunakan tanpa sebarang sekatan (haq tasarruf kaamil); dan
  • Mencapai nisab berdasarkan nilai semasa 85g emas yang ditentukan oleh pihak berkuasa zakat di negeri masing-masing.

Namun, zakat boleh dikecualikan ke atas apa-apa jumlah simpanan yang dikeluarkan dan digunakan bagi tujuan kelangsungan hidup atau perbelanjaan keperluan asas diri sendiri atau tanggungannya (hajah asliyah) seperti tempat tinggal, makan dan minum, kesihatan, pendidikan dan pengangkutan atau membayar hutang.

Ahli juga dinasihatkan untuk mengambil kira semua pengeluaran dalam tempoh setahun (haul) yang telah memenuhi syarat-syarat kewajipan zakat dan merujuk kepada pihak berkuasa zakat di negeri masing-masing.

22. Rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran Khas:

 

Penjelasan Penggantian Semula Amaun Pengeluaran

Jika difahamkan daripada soalan lazim No. 15 dan 16 di atas, penggantian semua amaun pengeluaran yang dimaksudkan adalah apabila kita bekerja seperti biasa di masa akan datang, bayaran caruman KWSP kita akan dimasukkan ke dalam Akaun 1 dahulu sehingga jumlah amaun pengeluaran yang kita buat cukup digantikan semula beserta tambahan 20% daripada yang dikeluarkan juga.

Ini bukan bermaksud kita perlu bayar lebih atau carum lebih pun kepada KWSP, tetapi ianya adalah caruman KWSP seperti biasa apabila kita bekerja cumanya jika kebiasaan kita akan mencarum kepada Akaun 1 dan Akaun 2, tetapi jika buat pengeluaran khas ini, caruman selepas itu akan dibuat kepada Akaun 1 sahaja sehingga amaun dikeluarkan serta 20% tambahan daripada amaun yang dikeluarkan telah digantikan ke dalam Akaun 1, barulah caruman seperti biasa kepada Akaun 1 dan Akaun 2 akan dijalankan iaitu 70% ke dalam Akaun 1 dan 30% ke dalam Akaun 2.

Maksudnya bukan kita perlu bayar lebih atau carum lebih jika buat pengeluaran khas KWSP ini. Jangan keliru dan risau kenapa perlu bayar balik. Baca dan fahamkan apa yang dimaksudkan di atas. Kalau rasa ianya bermanfaat jangan lupa share pada kawan-kawan dan kenalan lain. Kalau nak tahu apa boleh buat dengan pengeluaran duit KWSP supaya bermanfaat boleh baca lanjut di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button