MakananCara Mudah

Nak Beli Limau Mandarin? Kena Tahu Dulu Jenis Limau Mandarin Yang Sedap & Tips Pilih Yang Manis

Tips Beli Limau Mandarin Manis Dan Sedap Mengikut Jenis

Ramai tak tahu sebenarnya ada pelbagai jenis limau mandarin yang dijual di pasaran. Limau mandarin ini memang akan banyak dijual apabila tibanya musim perayaan Tahun Baru Cina. Sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam masyarakat majmuk, pastinya kita pernah menerima ataupun memberi limau mandarin ini kan. Pernah tak kita makan limau ini tapi rasanya masam sangat ataupun pahit dan tak sedap? Mesti ada paling kurang sekali kan. Kalau makan yang tak sedap tu kadang memang tak boleh nak habiskan. Nak buat jus ke makanan lain pun macam tak sedap juga nanti kan.

Sebenarnya terdapat berbagai-bagai jenis limau mandarin yang ada dan setiap satunya mungkin mempunyai rasa yang berbeza. Kesedapannya juga bergantung kepada kualiti setiap limau mandarin tersebut. Oleh itu lebih baik untuk kita mengenali dahulu sebenarnya apa jenis limau mandarin yang ada dijual. Ini supaya kita tidak lah tersalah beli jenis limau yang mungkin tidak berapa sedap kan, membazir pula nanti. Ada juga tips untuk mengetahui limau mandarin yang manis dan akan dikongsikan lebih lanjut di dalam artikel di bawah ini.

Tips Ketahui Jenis Limau Mandarin Sedap Dan Tips Pilih Limau Manis

Berikut adalah beberapa jenis limau mandarin yang ada dijual di pasaran:

 

Limau Ponkan

Sumber Gambar Impiana

Limau yang paling popular ini dikenali sebagai Ponkan dan berasal daripada Taiwan.

Ciri-ciri:

Saiz sebiji limau Pokan ini adalah lebih kurang saiz tapak tangan orang dewasa. Ini bermakna ianya agak besar serta mempunyai kulit yang licin. Warna nya juga adalah sedikit terang kalau dibandingkan dengan Lukan. Selain itu ianya juga mudah dikupas.

Rasa:

Kelazimannya limau Ponkan ini rasanya manis dengan sedikit rasa masam dihujung-hujung lidah. Tetapi ianya tidaklah mempunyai jus yang banyak seperti lukan.

 

 

Limau Lukan

Limau jenis Lukan ini adalah limau yang manis dan mempunyai kandungan jus yang lebih banyak berasal dari China. Ianya sesuai untuk digunakan sebagai ramuan dalam masakan kerana ia tahan kepada panas dan tidak mudah benyek.

Ciri-ciri:

Limau jenis Lukan ini mempunyai saiz lebih kecil berbanding Ponkan. Kulitnya adalah lebih nipis, dan juga sedikit menggerutu. Adakalanya terdapat tompok hitam pada kulit buah limau Lukan.

Rasa:

Rasa limau Lukan adalah lebih manis dan berjus jika dibandingkan dengan jenis Ponkan,

Sumber Gambar Facebook

Limau Emporer Tangerines

Limau jenis ini adalah yang paling digemari kerana ianya limau paling manis yang berasal dari China

Ciri-ciri:

Saiz Emporer Tangerines hanyalah 1/3 daripada saiz Ponkan. Kulitnya nipis dan amat lah mudah untuk dikupas.

Rasa:

Rasanya adalah paling manis berbanding limau jenis lain. Walaupun begitu, rasa manisnya tidak bertahan lama. Setelah seminggu dipetik, rasa manisnya akan semakin berkurangan.

 

Limau Swatow

Limau jenis Swatow yang berasal dari China ini antara jenis limau yang lebih tahan lama. Ianya mampu bertahan sehingga tempoh 6 bulan berbanding jenis lain yang tanya hanya sekitar 3 bulan selepas masak ranum.

Ciri-ciri:

Limau jenis Swatow adalah lebih besar dari saiz limau Ponkan mahupun limau Lukan. Kulitnya adalah lebih tebal berbanding Lukan dan Ponkan dengan tekstur yang kasar. Maka ianya adalah sedikit sukar untuk dikupas.

Rasa:

Rasanya adalah lebih masam

 

Limau Mikan

Limau jenis Mikan ini antara jenis limau yang sangat wangi. Namun limau jenis ini hanya mampu bertahan 2 minggu selepas masak ranum yang berasal dari China. Ada juga jenis ini yang dikatakan berasal dari Jepun

Ciri-ciri:

Limau jenis Mikan adalah buah limau mandarin yang paling kecil berbanding jenis lain. Kulitnya pula berwarna kekuningan dan nipis.

Rasa:

Ianya merupakan limau mandarin yang paling masam namun tetap mempunyai aroma sitrus yang sangat kuat.

 

Limau Dekopon

Limau jenis Dekopon adalah limau tidak berbiji yang mempunyai aroma limau yang lebih kuat berbanding lain yang berasal dari Jepun.

Ciri-ciri:

Limau Dekopon mempunyai warna kulit yang sedikit cerah dan permukaannya agak kasar. Terdapat bonjolan pada bahagian atas limau atau kulit yang berhampiran tangkai. Ianya tifak berbiji dan kulit setiap ulas limaunya lebih lembut dan berkualiti.

Rasa:

Limau mandarin jenis Dekopon mempunyai rasa yang manis dan juga segar.

 

Tips Pilih Limau Mandarin Yang Manis

Menurut perkongsian oleh Wanisukarno, cara untuk memilih limau mandarin yang manis, boleh ikuti langkah berikut:

  1. Lihat fizikal buah limau tersebut, lazimnya nak tahu yang manis ini, limau tidak bulat cantik dan nampak menggerutu sedikit. Jika yang masam, buahnya bulat cantik.
  2. Buah limau yang manis berwarna oren tua sedikit.
  3. Cuba picitkan bahagian bawah limau, sekiranya kulit limau itu nampak lekuk, maknanya kulit limau itu sudah mudah lekang dari isi. Jika kulit limau mudah lekang, ia bererti antara dua sama ada manis ataupun tawar. Jika ikut pengalaman, tak pernah lagi jumpa yang masam. Tawar adalah kebiasaannya.

*Nota: Buah limau mandarin yang diimport kadang-kadang dipetik lebih awal. Sebab itu ada yang terlebih masam kerana dipetik sebelum capai tempoh matang.

Sumber Gambar Facebook

Mudah je kan nak pilih limau mandarin yang manis dan sedap. Lepas dah tahu tips ni jangan lupa share pada yang lain agar ramai dapat manfaat. Nak tahu cara betul makan buah limau agar tak sakit tekak dan batuk boleh baca di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button