InformasiKewangan

Penting Ke Nak buat Caruman KWSP? Korang Wajib Baca Ni Untuk Lebih Faham Tentang KWSP! 

Kepentingan Untuk Mencarum KWSP

Penting ke ada caruman KWSP? Semua orang yang bekerja, mesti akan tertunggu-tunggu hujung bulan tiba. Ya lah, masa ni lah gaji akan masuk. Tapi kadang-kadang, bila gaji dah masuk, tahu-tahu je dah tinggal sikit bila lepas bayar segala komitmen. Dan kalau korang perasan, dalam slip gaji, ada potongan yang dibuat setiap bulan di bawah KWSP. Mungkin korang pernah terfikir yang buat apa potong KWSP ni. Lagi baik kalau duit tu kita gunakan buat belanja harian, kan?

Buat yang tak tahu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ni adalah satu skim yang dilancarkan oleh kerajaan pada tahun 1991 untuk bantu orang yang bekerja menyimpan duit simpanan untuk digunakan selepas bersara nanti. Tapi penting ke nak carum KWSP ni? Kalau tak carum tak boleh ke? Kalau dah carum KWSP boleh keluarkan ke? 

Kepentingan Caruman KWSP

Sebenarnya KWSP ni boleh jadi sebagai satu jenis simpanan juga. Duit yang setiap bulan korang potong dan masukkan ke dalam akaun KWSP ni lah yang akan membantu di masa kemudian nanti. Selain daripada untuk simpanan di hari tua, antara kepentingan mencarum KWSP ni adalah:

1. Bukan Gaji Korang Je Kena Carum, Syarikat Pun Perlu Carum Untuk Pekerja, Jadi Banyaklah Duit Bila Dah Tua Nanti!

Kalau tengok betul-betul slip gaji, korang akan perasan ada bahagian khas yang tertulis Employer’s EPF (seperti dalam gambar di bawah). Semua syarikat di negara kita ni diwajibkan oleh undang-undang untuk menyumbang ke dalam akaun KWSP pekerja-pekerjanya. Jadi maksudnya, duit dalam akaun KWSP korang tu akan jadi lagi lebihlah dengan tambahan caruman KWSP daripada syarikat ni.

Sumber Gambar Loan Street

Selalunya, untuk KWSP, gaji yang dipotong pada pekerja adalah sebanyak 8% atau 11% daripada jumlah gaji kasar, dan syarikat pula akan menyumbang sebanyak 12% atau 13% daripada jumlah gaji korang.

Baca Juga : Caruman KWSP diturunkan kepada 9%

2. Mempunyai Dividen Yang Agak Tinggi Berbanding Simpanan Biasa

Apa-apa bentuk simpanan pun mesti akan mempunyai dividen. ASB, Tabung Haji, dan KWSP pun termasuk juga. Cuma yang berbeza adalah jumlah dividen sama ada tinggi atau rendah. Setiap tahun, KWSP akan umumkan berapa peratus dividen yang setiap pencarum akan dapat. Selalunya dalam purata 5%-6% berdasarkan tahun-tahun sebelum ini.

Dividen ni boleh kata sejenis passive income jugalah. Passive income ni maksudnya duit yang masuk ke dalam akaun kita, tanpa melakukan apa-apa kerja. Entah-entah, tahu-tahu masa nak keluar duit nanti, korang ada beribu-ribu Ringgit dalam akaun KWSP! Tapi kenalah simpan bertahun-tahun tak boleh keluarkan. kalau keluarkan jugak memang tak boleh nak harap dapat banyak lah simpanan bila dah tua nanti.

3. Faedah Bantuan Apabila Tak Mampu Bekerja dan Kematian

Sumber Gambar Harian Metro

Kalau seseorang pencarum KWSP tu diisytiharkan sebagai tak mampu untuk bekerja atau meninggal dunia, pencarum atau warisnya akan menerima bayaran ihsan daripada KWSP. Bagi pencarum yang diisytiharkan tak mampu bekerja, diorang akan dapat RM5000. Manakala waris kepada pencarum yang meninggal dunia pula akan mendapat RM2500. Duit yang diberi ni bukan datang daripada akaun pencarum tau. Sebaliknya KWSP sendiri yang akan berikan duit ni. Duit simpanan pencarum yang meninggal dunia boleh dituntut oleh warisnya.

4. Pengecualian Cukai Jadi Banyak Dapat Jimat!

Semua sumbangan korang kepada KWSP boleh dikecualikan daripada bayaran cukai, dan jumlah maksimumnya boleh mencecah hingga RM6000 setiap tahun! Ini pun termasuk juga dengan pengecualian insurans nyawa premium. Satu lagi, dividen yang korang dapat dan duit yang dikeluarkan di bawah KWSP pun akan dikecualikan daripada cukai.

5. Simpanan Hari Tua Bila Dah Tak Larat Bekerja Cari Duit

Tahu tak, kebanyakan rakyat Malaysia ni tak ada simpanan yang mencukupi untuk meneruskan kehidupan di hari tua nanti? Kalau yang kerja kerajaan dapat duit pencen nanti tak perlu risaulah. Tapi kalau yang kerja swasta ni macam mana? Itulah gunanya kita mencarum dengan KWSP, untuk digunakan masa kita dah tak larat bekerja nanti. Apabila kita mencecah umur 55 tahun, secara automatik kita dapat keluarkan semua simpanan kita dalam KWSP dan duit tu nanti bolehlah digunakan untuk menyara hidup.

Lepas ni, tak adalah korang rasa tertanya-tanya atau was-was lagi dengan potongan daripada gaji untuk masuk ke dalam akaun KWSP. Ternyata memang ada banyak kelebihan yang korang boleh dapat. Bak kata pepatah, bersenang-senang dulu, bersusah-susah kemudian! Kalau tak tahu cara nak tengok baki akaun 1 dan akaun 2 KWSP boleh rujuk sini. 

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button