KesihatanMakanan

Ingatkan Puasa Dapat Turun Berat Badan. Makin Naik Pula. Ini 6 Tips Diet Bulan Puasa

Cara Mudah Diet Kurangkan Berat Badan Waktu Bulan Puasa

Apa tips diet bulan puasa yang berkesan? Sedar tak sedar kita bertemu Ramadan lagi, bulan di mana kita akan berpuasa, menahan lapar dan dahaga dari Subuh sampailah ke Maghrib. Ada yang melihat bulan Ramadan ini sebagai peluang untuk diet dan mengurangkan berat badan. Tapi bila berbuka banyak pulak juadah yang disajikan takut tak jadi pulak diet nya sebab makan banyak sangat.

Tips Diet Bulan Puasa. Cara Kurangkan Berat Badan Waktu Berpuasa

Tak dinafikan bulan Ramadan ialah masa terbaik untuk mula berdiet kerana secara langsung atau tidak kita melaras semula pola pemakanan kita.  Ini tips diet bulan puasa daripada Dona Maria Mesmar, seorang pakar nutrisi dan jurulatih kecergasan yang korang boleh ikut:

1. Jangan Ponteng Puasa! Nanti Diet Tak Dapat, Dosa Yang Dapat

Sumber Gambar SterkProduction

Satu kelebihan berpuasa di sepanjang bulan Ramadan ini, badan kita akan mengalami satu proses bernama ‘autolisis‘. Badan mereka yang berpuasa ini akan melalui proses autolisis iaitu proses ‘re-format‘ semula tubuh kita ke keadaan yang ideal. Sama macam kita format semula laptop kita bila mula perlahan beroperasi. Di sini juga akan berlaku proses pembuangan dan pembaikan sel-sel badan yang rosak, menghapus sel-sel liar atau radikal bebas dalam badan, dan yang paling penting sekali membakar timbunan lemak.

Autolisis juga memberi kesan berikut bagi membantu diet kita semasa berpuasa pada bulan Ramadan:

  • 10 hari pertama -memperbaharui 10% sel-sel tubuh manusia
  • 10 hari berikutnya-  memperbaharui 66% sel-sel tubuh
  • 10 hari terakhir – memperbaharui 100% sel-sel tubuh

Jadi, kalau korang serius nak turunkan berat badan pada bulan Ramadan, jangan ponteng puasa!

2. Nak Makan Karbohidrat Seperti Nasi Boleh, Tapi Kurangkan Kalau Nak Kurangkan Lemak Badan.

Sumber Gambar Heavenlyrice

Makanan ruji kita di Malaysia ialah nasi, pada bulan puasa pun kalau boleh sahur kita makan nasi, waktu berbuka kita makan nasi. Nasi ialah salah satu makanan yang mempunyai karbohidrat yang tinggi. Jadi salah ke makan nasi?

Makan nasi tak salah walaupun waktu korang nak berdiet pada bulan puasa ni. Tetapi pengambilan karbohidrat, bukan sahaja nasi, tetapi makanan seperti kentang, pasta dan roti seeloknya dikurangkan pada bulan Ramadan jika nak kurangkan lemak dan berat badan. Badan kita akan membakar lemak badan sebagai sumber tenaga jika kita mengurangkan pengambilan karbohidrat. Tips diet bulan puasa ini adalah ganti nasi atau lebihkan kepada pengambilan sayuran hijau seperti bayam, brokoli dan sawi.

3. Lebihkan Protein Ketika Bersahur Dan Berbuka. Tinggi Protein, Kurang Berat.

Sumber Gambar GGS

Waktu bersahur dan berbuka, adalah penting untuk korang pastikan makanan yang korang ambil tinggi dengan protein daripada sumber haiwan. Pastikan korang makan protein seperti ayam, ikan dan daging ketika berbuka dan pada waktu sahur pula fokus kepada telur. Protein daripada sumber haiwan lebih elok diambil jika hendak menurunkan berat badan, kerana protein dari sumber tanaman seperti kacang dan lentil turut tinggi dengan karbohidrat.

Diet pemakanan yang tinggi dengan protein selain dapat mengurangkan berat badan, turut dapat meningkat metabolisme dan mengawal selera makan. Jadi takde lah korang jadi asyik lapar je kalau makan tu nanti kan.

4. Elakkan Minuman Bergula Dan Jus Buah, Kurangkan Manis Dalam Minuman, Lebihkan Manis Dalam Senyuman.

Sumber Gambar pngio

Berapa ramai di antara korang fikir jus buah ialah minuman yang sihat dan boleh diminum sebanyaknya? Hakikatnya ialah jus buah mengandungi gula iaitu glukosa dan fruktosa yang tinggi. Segelas jus buah mengandungi lebih kurang 25 gram gula bersamaan dengan 5 sudu gula.

Tak dinafikan buah ialah sumber vitamin yang bagus, tetapi pengambilan buah dalam bentuk jus biasanya akan mendorong ke arah pengambilan yang lebih dari sepatutnya berbanding dengan makan buah itu sendiri. Jus buah juga tidak mempunyai kurang khasiat seperti serat dan nutrisi yang lain berbanding dengan makan terus buah tersebut. Jika ingin juga minum air dari buah-buahan, pilih buah yang rendah kandungan gula seperti air kelapa, air lemon dan sebagainya.

Minuman bergula seperti air berkarbonat juga harus dielakkan jika hendak menurunkan berat badan ketika berpuasa. Satu tin air berkarbonat seperti Coca-Cola mempunyai 39 gram gula bersamaan dengan lebih 6 sudu gula.

Walaupun korang sudah berpuasa seharian menahan lapar dan dahaga, tapi jangan hairan berat badan korang tidak menurun malah bertambah jika tidak mengurangkan pengambilan gula terutamanya dalam minuman pada bulan Ramadan.

5. Pilih Snek Yang Sihat Serta Kekal Aktif. Buang Kalori Dan Berat Sekali!

Sumber Gambar Medical News Today

Mungkin ada di antara kita sudah terbiasa makan makanan ringan atau pencuci mulut seperti kek dan sebagainya. Pada bulan Ramadan inilah peluang untuk kita menggantikan pemilihan makanan kita ke arah yang lebih sihat. Pilih snek yang sihat seperti buah dan coklat hitam di mana kedua-duanya mampu mengurangkan ‘rasa mengidam’ pencuci mulut yang tinggi dengan gula dan rendah kalori.

Coklat hitam atau dark chocolate terutamanya dapat membantu merendahkan kadar kolestrol dan meningkatkan kecergasan ketika bersenam atau bersukan. Ini kerana coklat gelap mempunyai bahan epikatekin yang akan merangsang pelepasan nitrik oksida di dalam badan. Ini akan membantu korang supaya tetap rasa bertenaga walaupun kekal aktif di bulan Ramadan.

Bersenam dan kekal aktif semasa berpuasa juga akan membakar kalori dalam badan pada kadar yang lebih tinggi, hasilnya lebih mudah untuk turun berat badan. Jadi janganlah asyik tidur je sebab puasa kan! Solat Tarawih juga boleh dikira sebagai salah satu senaman meregangkan otot-otot badan.

Senang je kan tips diet bulan puasa yang dikongsikan ni. Tak salah kalau korang merancang untuk berdiet pada bulan puasa ni, lebih-lebih lagi ingin memiliki badan ideal ketika Hari Raya, tetapi harap kita tak lupa tujuan sebenar kita untuk berpuasa iaitu untuk menjadi orang yang bertakwa. Pernah tak korang berpuasa tiba-tiba sakit perut macam gastrik? Nak tahu tips berpuasa walaupun ada gastrik boleh baca di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button