Uncategorized

Anak Pertama Kali Berpuasa? Ikuti 8 Tips Ni Untuk Melatih Mereka Berpuasa!

Tips Mengajar Anak Pertama Kali Berpuasa di Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan ni bukan orang dewasa je yang teruja nak sambut, malah anak-anak kecil juga turut merasakan hal yang sama. Anak kecil ni selalu mahu melakukan hal-hal yang dewasa, dan ini termasuklah juga berpuasa. Bila nampak ibu ayah berpuasa, secara tak langsung diorang pun mahu berpuasa juga.

Kalau ikutkan, tiada had umur untuk anak-anak mula berpuasa kerana dalam Islam, diorang tak wajib berpuasa, melainkan apabila sudah akil baligh. Cumanya, umur yang digalakkan untuk anak cuba mula berpuasa adalah semasa 7 tahun.

Tips Mengajar Anak Pertama Kali Berpuasa di Bulan Ramadhan

Sumber Gambar In3Tree

Bagi anak-anak yang baru pertama kali mahu mula berpuasa, ia pasti akan jadi satu perkara yang susah. Ya lah, berapa lama sajalah anak kecil boleh tahan berlapar setelah sekian lama terbiasa makan di siang hari.

Tapi dengan adanya tips-tips di bawah ni, korang boleh mengajar anak untuk mula berpuasa dengan lebih mudah!

Bagitahu Merka Kelebihan Berpuasa, Bukan Takutkan Mereka Kalau Tak Puasa Nanti…

Sumber Gambar In3Tree

Sebelum nak berpuasa, si anak mestilah memahami dulu apa itu puasa dan kenapa kita semua kena melakukannya. Ambil masa untuk terangkan tentang kewajipan berpuasa, tentang rukun puasa, dan ganjaran yang diorang akan dapat jika berpuasa. 

Lebihkan bercerita tentang hal-hal positif seperti ganjaran pahala yang akan dikurniakan Allah atau terangkan yang Allah sayang hambaNya yang berpuasa. Dan cuba elakkan daripada bercerita tentang hukuman Allah pada yang tak berpuasa untuk menakutkannya. Anak korang perlu rasa teruja untuk berpuasa dan bukannya berpuasa sebab takut.

Latih Secara Berperingkat, Separuh Hari Dulu Lepastu Sehari Penuh

Sumber Gambar Sabah Post

Untuk tak nak bagi anak terkejut tiba-tiba kena puasa seharian, cuba secara berperingkat dulu. Mungkin cuba untuk puasa selama dua jam dulu, dan kalau diorang berjaya, naikkan sedikit demi sedikit, separuh hari ke hinggalah mampu untuk berpuasa penuh satu hari. 

Boleh Berbuka Awal, Tapi Kekalkan Mood Berpuasa

Ada satu tips menarik yang korang boleh cuba, iaitu jika anak tak larat dan mahu berbuka, berikan diorang minum air dan makan sedikit. Kemudian beritahu elok-elok, “Lepas ni kita cuba berpuasa balik, ya?” Maksudnya, apa yang diorang makan dan minum tadi ibarat sahur semula.

Dengan cara ni, mood berpuasa masih dapat dikekalkan dan diorang pun akan rasa puas dan gembira bila dapat berbuka bersama-sama dengan korang pada waktu maghrib nanti. Bukan nanti waktu buka korang suruh yang tak puasa duduk makan kat meja lain. Tak baik tau!

Jangan Tinggalkan Sahur, Susah Macam Mana Pun Kejut Diorang!

Sumber Gambar MStar

Selain dapat mengajar anak kepentingan waktu sahur yang penuh keberkatan, diorang juga dapat mengisi perut. Nanti bila siang tiba, tidaklah diorang cepat berasa lapar. Lebih baik kalau korang lewatkan juga waktu bersahur agar tempoh masa perut anak tak diisi tu lebih sekejap.

Memang susah nak kejut diorang bangun sahur sebab pertama kali nak berpuasa kan. Dah lah kena bangun sahur, lepastu kena makan pagi-pagi pulak. Kalau tak biasa mesti tak boleh punya. Jadi cuba sediakan makanan mudah untuk mereka telan pagi-pagi macam bijirin coco crunch bersama susu ataupun roti. Barulah diorang berminat sikit nak makan kan.

Sibukkan Anak dengan Aktiviti, Takdelah Asyik Tengok Jam Je..

Sumber Gambar Sabah Post

Sepanjang hari, cuba sibukkan anak dengan melakukan aktiviti bersama-sama. Elakkan daripada beri mereka menonton TV sebab waktu-waktu puasa ni semakin banyak iklan tentang makanan. Nanti makin cepat lapar pula dah kesian kat diorang kan.

Sebaliknya, luangkan masa untuk melakukan aktiviti bersama-sama seperti melukis, bermain permainan papan seperti catur, ataupun membaca buku cerita. Kalau bagi telefon pun bahaya jugak sebab takut diorang buka Youtube ada juga iklan-iklan makanan. Nak bagi telefon juga boleh bagi mereka main aplikasi bermanfaat macam INI.

Masak Makanan Kegemaran Anak Sebagai Juadah Berbuka

Untuk membuatkan si anak rasa bersemangat nak berpuasa, apa kata korang tawarkan untuk memasak makanan kegemaran diorang sebagai juadah berbuka nanti. Mesti diorang lagi rasa teruja dan bersemangat nak berpuasa penuh. Masa nak memasak, ajak diorang untuk sertai sekali. Barulah masa dengan anak dapat diluangkan dengan aktiviti yang berkualiti. Tapi kalau diorang tak tahan bila tengok makanan tu suruh jelah diorang duduk dekat depan je ya.

Ganjaran Wang

Sumber Gambar Pa&Ma

Mungkin ada sesetengah ibu bapa yang tak bersetuju dengan cara ni sebab ia mungkin akan menanam sikap mata duitan pada anak. Tapi kalau korang tak rasa tips ni akan membuatkan anak hanya mengharapkan duit dan dalam masa yang sama dapat menggalakkannya berpuasa, tak salah kalau mencuba, kan? Kalau tak pun hadiahkan  barang atau mainan yang diorang nak.

Jangan Lupa Memuji Anak, Baru Mereka Rasa Dihargai

Apabila anak mencuba untuk berpuasa, tak kira sama ada berjaya puasa penuh atau tidak, jangan lupa untuk memuji diorang. Jangan ambil ringan dengan kuasa kata-kata positif dari ibu bapa kerana disebabkan pujian koranglah diorang akan jadi lebih bersemangat untuk teruskan berpuasa. Cuba buat nanti dan tengok hasilnya okay!

Dalam nak melatih anak berpuasa ni, korang kenalah lakukannya dengan berhikmah. Jangan paksa anak kalau diorang belum bersedia. Apa yang penting adalah sokongan moral yang diberikan oleh ibu bapa untuk buat anak lebih bersemangat.

Kalau nak berpuasa mestilah nak bersahur kan? Paling risau bila lambat atau tak bangun langsung untuk sahur. Macam mana nak ajar anak puasa kalau sendiri pun tak bangun sahur kan? Jangan risau, boleh tengok tips mudah bangun sahur di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button