PekerjaanInformasi

Baru Diberhentikan Kerja? Ramai Tak Tahu SIP EIS Perkeso Sediakan Bantuan Kewangan Ini

Apa Perlu Buat Jika Diberhentikan Kerja, Boleh Mohon SIP EIS PERKESO

Macam mana cara nak mohon bantuan SIP EIS Perkeso? Wabak Covid yang melanda negara telah memberi kesan yang buruk kepada kesihatan, ekonomi dan kehidupan seharian kita. Malah, ada juga disebabkan Covid, orang tu terpaksa diberhentikan kerja kerana syarikat dah tak mampu lagi nak membayar gaji. Habis hilang punca pendapatan diorang.

Kalau diberhentikan kerja baru-baru ni, korang boleh mohon pengeluaran i-Sinar KWSP. Selain itu, jangan risau juga, sebab ada bantuan yang korang boleh mohon dan dapat sekiranya hilang punca pendapatan. Antaranya adalah SIP, baca lanjut di bawah.

Cara Mohon Bantuan SIP EIS Perkeso

Sumber Gambar Sinar Harian

Apa Benda SIP Ni?

Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) adalah skim kewangan untuk membantu rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan yang diuruskan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial atau PERKESO. Untuk tempoh enam bulan, SIP akan bantu mereka yang belum bekerja dengan cara memberi elaun, di samping faedah pengangguran lain seperti kursus latihan,  kaunseling pekerjaan, dan bantuan mencari kerja.

Tapi bukan semua orang yang boleh mohon ni sebab orang yang ada menyumbang ke akaun SIP semasa pekerjaan sebelum ini je yang layak untuk mohon. Macam mana nak tahu? Dekat slip gaji korang, tengok kalau ada potongan untuk SIP (atau dalam Bahasa Inggeris, EIS). Biasanya kalau gaji korang ada potongan untuk EPF, akan ada juga potongan untuk SIP atau EIS ni.

Sumber Gambar SAYS

Faedah-Faedah SIP yang Boleh Dimohon

Kalau korang baru je diberhentikan kerja, ada dua jenis faedah yang boleh dimohon, iaitu: faedah dalam bentuk wang atau elaun, dan faedah dalam bentuk bantuan mencari pekerjaan. Terdapat 5 jenis faedah dalam bentuk kewangan yang korang boleh mohon, iaitu:

1. Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)

  • Elaun ni khas untuk mereka yang kehilangan pekerjaan.
  • Bila permohonan diterima, elaun bulanan akan dibayar minimum selama 3 bulan, dan maksimum selama 6 bulan. Kalau nak tahu berapa kadar bayaran yang akan diterima, boleh rujuk SINI.
  • Tempoh bayaran akan ditetapkan oleh Syarat Kelayakan Caruman (CQC).
  • Pemohon juga mesti tunjukkan yang diorang aktif mencari kerja supaya layak untuk mendapat elaun yang seterusnya.

Kemaskini: Berdasarkan pengumuman Belanjawan 2021, tempoh pelaksanaan Elaun Mencari Kerja akan dilanjutkan selama 3 bulan dan kadar menuntut juga diubah kepada 80% gaji bulan pertama, 50% bagi bulan kedua hingga bulan keenam dan 30% untuk 3 bulan terakhir

  1. Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)
  • Elaun ni pula khas untuk mereka yang ada beberapa pekerjaan, tapi telah kehilangan sekurang-kurangnya satu pekerjaan dan bukannya semua.
  • Kadar dan tempoh bayaran adalah sama dengan EMP.
  • Dibayar secara pukal.
  1. Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)
  • Insentif kewangan yang dibayar kepada penerima EMP yang berjaya mendapatkan kerja awal.
  • Sebanyak 25% daripada baki EMP.
  • Dibayar secara pukal.
  1. Elaun Latihan
  • Insentif kewangan yang diberikan kepada peserta latihan untuk menggalakkan orang datang kesemua latihan.
  • Dibayar secara bulanan dengan kadar RM10(min) atau RM20(max)/hari (maksimum untuk 6 bulan), bergantung kepada Gaji Anggapan Bulan.
  • Perserta mesti tunjukkan bukti yang diorang hadiri kesemua latihan.
  1. Yuran Latihan
  • Latihan vokasional percuma sehingga 6 bulan untuk pemohon yang berjaya.
  • Pembayaran akan dibuat kepada penyedia perkhidmatan latihan.
  • Bayaran latihan maksimum sebanyak RM4,000 ditanggung sepenuhnya oleh PERKESO. Korang tak perlu bayar apa-apa untuk menghadiri latihan ni.
  • Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai latihan yang disediakan PERKESO dan cara untuk memohonnya, korang boleh baca di SINI.

Mungkin korang tertanya-tanya, boleh ke kalau mohon lebih daripada satu faedah dalam bentuk kewangan ni, dan jawapannya boleh, sekiranya layak.

Contoh: Sambil menerima Elaun Mencari Pekerjaan, korang juga boleh memohon untuk Yuran Latihan dan Elaun Latihan untuk bantu meningkatkan peluang mendapat pekerjaan. Lepas tu bila korang dah berjaya mendapat pekerjaan baru, boleh mohon Elaun Bekerja Semula Awal pula.

Lagi 2 jenis faedah dalam bentuk bantuan mencari pekerjaan pula adalah:

  1. Program Penempatan Pekerjaan
  • Mendapat sokongan secara individu daripada Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO.
  1. Kaunseling Pekerjaan
  • Mendapat kaunseling pekerjaan dan sokongan moral daripada Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO dalam membantu mencari pekerjaan baru.

Cara Mohon

Untuk memohon faedah SIP ini, ianya boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu:

Walaupun program SIP ni bukan bertujuan untuk menggantikan pendapatan korang sepenuhnya, tapi ia dapat bantu meringankan bebanan kewangan yang dialami. Dalam waktu-waktu begini, apa-apa jenis bantuan yang boleh kita dapat, tersangatlah membantu. Kalau isteri nak belajar buat kerja sampingan sementara suami dapat kerja boleh rujuk panduan sini

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button