KesihatanCara Mudah

Cara Makan Ubat Semasa Berpuasa, Lagi-Lagi Jika Perlu Memakan Ubat 3 Atau 4 Kali Sehari!

Cara Mudah Makan Ubat Ketika Bulan Puasa

Macam mana cara makan ubat semasa berpuasa? Ramadhan tiba lagi dan beruntunglah buat mereka yang sempat melaluinya. Namun tak semua orang bakal berpuasa dalam keadaan yang sihat wal afiat. Sesetengah orang yang berpenyakit, yang memerlukan mereka untuk memakan ubat pasti tergaru-garu kepala, berfikir macam mana mahu memakan ubat yang perlu diambil sebanyak 3 atau 4 kali sehari. Takkan mahu batalkan puasa pula?

Penggunaan Ubat dan Alat Perubatan Semasa Berpuasa

Sumber Gambar Epilepsy

Mesti selalu jadi persoalan buat mereka yang perlu mengambil ubat setiap kali bulan Ramadhan menjelma; iaitu adakah puasanya akan terbatal atau tidak sekiranya mengambil ubat atau menggunakan alat ubatan. Bagi menjawab segala kemusykilan yang ada, kitorang senaraikan segala perbuatan yang membatalkan atau tak membatalkan puasa di bawah ni.

Perkara-perkara yang berkaitan dengan perubatan yang TIDAK MEMBATALKAN puasa:

  • Menggunakan ubat titis mata, titis telinga dan cucian telinga (asalkan tidak sampai batas gegendang telinga)
  • Melakukan prosedur tambalan gigi, cabutan atau pembersihan gigi
  • Semua jenis suntikan
  • Pendermaan, pemindahan, dan pengambilan sampel darah
  • Ubat jenis sapuan
  • Memasukkan tiub kateter melalui salur darah untuk tujuan pemeriksaan seperti prosedur angiogram untuk pemeriksaan jantung.
  • Ubat kumur dan ubat terapeutik semburan yang tidak melibatkan proses menelan
  • Penggunaan ubat semburan hidung
  • Rawatan bius
  • Penggunaan ubat buasir dengan memasukkan semula kawasan buasir pada tempatnya tanpa melibatkan kawasan rongga yang dalam
  • Penggunaan alat sedutan seperti inhaler untuk rawatan lelah atau asma 

Perkara-perkara yang berkaitan dengan perubatan yang MEMBATALKAN puasa:

  • Pengambilan ubat jenis biji atau ubat minum
  • Memasukkan sebarang tiub kateter, alat pemeriksaan dalam saluran kencing
  • Penggunaan alat seperti enema, tiub supositori, teropong protoscope atau jari pegawai perubatan yang dimasukkan ke dalam dubur atau rektum untuk pemeriksaan
  • Memasukkan sebarang tiub kecil (pesari) atau ubat ke dalam faraj termasuk prosedur cucian dan pemeriksaan dalaman vagina wanita
  • Penggunaan teropong usus (endoscope) atau teropong perut (gasteroscope) untuk tujuan pemeriksaan sistem penghadaman
  • Penggunaan bius menyeluruh yang melibatkan penggunaan gas

Cara Makan Ubat Semasa Berpuasa, Boleh Puasa Walaupun Kena Makan Ubat

Sumber Gambar Redaksi

Bagi mereka yang sakit, tak naklah jadikan penyakit tu sebagai satu penghalang daripada berpuasa, kan? Tapi dalam masa yang sama, kalau tak memakan ubat yang diberi, boleh jatuh sakit pula. Jadi, pengubahsuaian cara pengambilan ubat perlu dilakukan agar korang dapat memakan ubat mengikut dos yang ditetapkan doktor, dan masih dapat berpuasa di bulan Ramadhan.

Berikut adalah panduan umum berkaitan pengambilan ubat-ubatan semasa berpuasa:

Jika arahan pengambilan ubat adalah….Masa Pengambilan
Sebelum MakanSelepas Makan
1 Kali Sehari
  • 1 jam sebelum sahur
  • Selepas bersahur atau selepas berbuka
2 Kali Sehari
  • 1 jam sebelum bersahur &
  • Selepas berbuka (sebelum mengambil menu utama) ATAU 2 jam selepas berbuka
  • Selepas bersahur &
  • Selepas berbuka
3 Kali Sehari
  • 1 jam sebelum bersahur &
  • Selepas berbuka (sebelum mengambil menu utama) &
  • Sebelum tidur
  • Selepas bersahur & 
  • Selepas berbuka &
  • Sebelum tidur (telah mengambil makanan terlebih dulu)
Cuba berbincang dengan doktor, sekiranya kekerapan mengambil ubat boleh dikurangkan kepada 2 kali sehari.
4 Kali SehariBergantung kepada jenis ubat. Dapatkan pandangan daripada doktor terlebih dulu. Lebih baik untuk tidak berpuasa atau menggunakan ubat alternatif yang lain.

Dengan panduan cara makan ubat semasa berpuasa di atas, bolehlah korang berpuasa dengan lebih tenang lepas ni tanpa perlu fikir ubat sempat makan ke tak. Tapi kalau nak kepastian, lebih baik berbincang dengan doktor saja.

Selalu waktu puasa mesti mulut akan berbau busuk. Sebenarnya ada cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan bau tersebut yang korang boleh ikuti di SINI!

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button