TravelCara Mudah

Cara Masuk Thailand Guna Kereta Sendiri, Kereta Api & Kapal Terbang. Syarat Kemasukan (Mulai 1 Mei 2022)

Tips Melancong Ke Thailand Melalui Pintu Sempadan Naik Kereta, Train Dan Flight

Sekarang ni kebanyakan sempadan antarabangsa negara-negara telah dibuka dan paling ramai nak tahu cara masuk Thailand. Ini kerana negara Thailand adalah sempadan negara Malaysia dan boleh diakses dengan jalan darat bagi negeri utara dan timur iaitu Perlis, Kedah dan Kelantan. Jadi orang Malaysia boleh masuk ke Thailand dengan pelbagai cara iaitu melalui kenderaan sendiri, van, bas, kereta api dan juga kapal terbang.

Untuk mereka yang tak pernah pergi Thailand tu jangan risau tak susah pun dan tak mahal sangat pun. Apa yang best dekat sana tu antaranya pastinya makanan yang sedap-sedap belaka. Kalau malas nak pergi jauh sampai bandar Bangkok, pergi Hatyai atau Danok sekalipun dah cukup banyak makanan yang sedap. Barang-barang yang dijual pun seperti periuk, toto dan sebagainya boleh tahan murah juga. Pantai-pantai di Thailand juga sememangnya menjadi tumpuan pelancong terutamanya di kawasan Phuket, dan juga Krabi.

Cara Masuk Thailand Guna Kereta Sendiri, Kereta Api & Kapal Terbang

Jadi nak masuk Thailand ni pastinya pertama sekali korang perlukan Pasport Antarabangsa Malaysia. Kalau siapa belum buat lagi ataupun pasport dah mati boleh rujuk panduan pautan berikut:

Istimewa bagi Warganegara Malaysia yang lahir di negeri Kedah, Perlis, Kelantan & Hulu Perak, korang boleh masuk ke Thailand menggunakan Pas Sempadan Malaysia – Thailand atau border pass sahaja tanpa pasport. Harga dia jauh lebih murah iaitu hanya RM10 sahaja. Nak tahu lanjut rujuk panduan:

Syarat Kemasukan Ke Thailand Tahun 2022

Bagi kemasukan ke Thailand menggunakan laluan darat, syarat berikut bermula 1 Mei 2022 adalah seperti infografik berikut:

Cara Masuk Thailand Menggunakan Kenderaan Sendiri

Ramai yang telah berkongsi pengalaman bagaimana mereka masuk ke Thailand menggunakan kenderaan sendiri. Secara ringkasnya proses adalah seperti berikut:

1. Beli insurans kenderaan.

  • Harga adalah sekitar RM28 untuk sebuah kereta bagi 5 – 18 hari.  Boleh beli di kawasan berhampiran sempadan seperti Changlun dan Bukit Kayu Hitam.

2. Isi white card satu kad untuk 1 nama.

  • Harga adalah RM 2 bagi setiap satu kad.

3. Beli insurans pelancongan setiap seorang. *Border Pass tidak perlu

  • Untuk pemegang ‘Border Pass’ tidak perlu beli travel insurance, tetapi bagi pemegang Pasport Malaysia adalah perlu.
  • Insurans mestilah mempunyai perlindungan coverage sekurang-kurangnya 10,000 USD
  • Boleh beli online di pelbagai pengeluar insurans seperti Tuneprotect, Etiqa, dan sebagainya.
  • Boleh juga beli dalam laman web Thailand Pass nanti.

4. Daftar Thailand Travel Pass. *Border Pass tidak perlu

  • Untuk pemegang ‘Border Pass’ tidak perlu isi Thailand Pass, tetapi bagi pemegang Pasport Malaysia adalah perlu.
  • Perlu mohon 48 jam sebelum pergi ke Thailand
  • Boleh lulus dalam masa lebih kurang 2 jam, akan terima email kod QR.
  • Pautan Thailand Pass:

5. Cop Pasport di Imigresen Malaysia dan setelah selesai terus ke sempadan Thailand

6. Isi borang TM 3 & TM 3 mengikut kenderaan di kaunter imigresen Thailand. Setelah isi, pulangkan di kaunter dan buat pembayaran RM10.

7. Scan QRCode untuk Health Declaration Thailand

  • Pastikan mempunyai talian internet yang kuat. Boleh beli sim kad Thailand lebih awal secara online di Shopee dan sebagainya

8. Cop Pasport / Boarding Pass di Imigresen Thailand.

9. Pergi ke bahagian kastam untuk serahkan declaration form kenderaan.

  • Kenderaan nama sendiri : Bawa geran asal atau salinan.
  • Kenderaan nama orang lain : Surat authorization dari owner kenderaan.

10. Selesai. Boleh bergerak ke destinasi yang dituju di Thailand

  • Pemegang ‘Border Pass’ hanya boleh berada di Thailand maksimum 3 hari dan untuk negeri selatan Thailand sahaja iaitu Wilayah Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat dan Pattani

Cara Masuk Thailand Melalui Kapal Terbang

Untuk masuk menggunakan laluan udara pula adalah seperti berikut:

1. Beli tiket kapal terbang

2. Beli insurans pelancongan setiap seorang. *Untuk pemegang pasport sahaja

  • Insurans mestilah mempunyai perlindungan coverage sekurang-kurangnya 10,000 USD
  • Boleh beli online di pelbagai pengeluar insurans seperti Tuneprotect, Etiqa, dan sebagainya.
  • Boleh juga beli dalam laman web Thailand Pass nanti.

3. Daftar Thailand Travel Pass. *Untuk pemegang pasport sahaja

  • Perlu mohon 48 jam sebelum pergi ke Thailand
  • Boleh lulus dalam masa lebih kurang 30 minit hingga 2 jam, akan terima email kod QR.
  • Pautan Thailand Pass:
  • Antara maklumat yang perlu diisi:
    • Maklumat Diri
    • Maklumat Pasport
    • Maklumat Vaksin (Lengkap vaksin)
    • Maklumat Insurans
    • Maklumat alamat hotel / rumah di Thailand
  • Perlu mohon setiap seorang sendiri bagi satu kali permohonan (kecuali anak-anak di bawah permohonan ibu bapa)

4. Sediakan dokumen berikut (cetakan lebih mudah):

  • Thailand Pass
  • Insurans
  • Sijil Vaksin
  • Form (akan diberikan dalam kapal terbang)

5. Sampai di Lapangan Terbang Thailand, tujuk kod QR Thailand Pass

6. Pergi ke kaunter imigresen Thailand, cop passport, imbas cap jari dan pass arrival card. Selesai.

 

Cara Masuk Thailand Menerusi Kereta Api

Untuk masuk ke Thailand menggunakan kereta api boleh ikut langkah berikut:

1. Beli tiket kereta api di KTMB sehingga sempadan Thailand

2. Beli insurans pelancongan setiap seorang. *Untuk pemegang pasport sahaja

  • Insurans mestilah mempunyai perlindungan coverage sekurang-kurangnya 10,000 USD
  • Boleh beli online di pelbagai pengeluar insurans seperti Tuneprotect, Etiqa, dan sebagainya.
  • Boleh juga beli dalam laman web Thailand Pass nanti.

3. Daftar Thailand Travel Pass. *Untuk pemegang pasport sahaja

  • Perlu mohon 48 jam sebelum pergi ke Thailand
  • Boleh lulus dalam masa lebih kurang 30 minit hingga 2 jam, akan terima email kod QR.
  • Pautan Thailand Pass:

4. Tiba di Imigresen Malaysia, tunjukkan pasport / Border Pass dan status vaksin di dalam MySejahtera

5. Selepas itu boleh berjalan kaki ke Imigresen Thailand dan Isi Borang Putih (white card)

6. Tunjukkan Thailand Pass dan status vaksin.

7. Pergi ke stesen Kereta Api Thailand dan Selesai.

 

Sekarang ni dah tahu cara nak masuk Thailand dengan tiga kaedah jadi tak susah mana pun kan. Lepasni boleh lah melancong ke sana atau bercuti bersama anak-anak pada cuti sekolah nanti. Jangan lupa amalkan SOP dan berhati-hati. Kalau tak banyak bajet boleh tengok tips cuti bajet dekat SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button