InformasiSemasa

Apa Yang Rakyat Harapkan Dalam Belanjawan 2022?

Harapan Umum Rakyat Belanjawan 2022

Pasti ramai tertunggu-tunggu Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan pada 29 Oktober 2020, Jumaat jam 4 petang. Boleh ikuti siaran langsung di sini. Kenapa belanjawan ini penting sangat untuk korang tahu? Kerana pada pembentangan ini lah bantuan-bantuan kerajaan akan diumumkan bagi tahun 2022 khusus untuk rakyat Malaysia terutamanya bagi golongan B40 dan M40.

Tahun 2022 merupakan tahun yang sangat mencabar kerana berlakunya penularan wabak COVID19. Bukan sahaja kesihatan negara terjejas, tetapi ekonomi juga turut terkesan. Ramai dalam kalangan kita yang tidak boleh berniaga kerana Perintah Kawalan Pergerakan dan ada juga yang telah dibuang kerja. Sememangnya kita amat mengharapkan bantuan daripada pihak kerajaan untuk mengurangkan beban masalah yang dihadapi.

Apa Yang Rakyat Harapkan Dalam Belanjawan 2022?

Perkara paling utama yang korang harapkan mestilah bantuan daripada segi kewangan kan? Pihak kerajaan sememangnya prihatin dan telah pun memberikan beberapa jenis bantuan dalam inisiatif bantuan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat, pemberian Moratorium dan macam-macam lagi. Soalannya adakah ia mencukupi? Apa lagi bantuan yang diperlukan oleh rakyat lagi-lagi bagi golongan yang terjejas seperti kita iaitu golongan miskin, B40 dan M40?

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR merupakan bantuan yang telah diberikan sejak beberapa tahun yang lalu, dahulunya dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan kemudiannya ditukarkan kepada Bantuan Sara Hidup (BSH). Bantuan ini lah yang amat dinantikan oleh rakyat golongan B40 seperti kita ini. Sebab dengan bantuan ini, kita akan mendapat bantuan kewangan tunai bagi memudahkan kita untuk menyara hidup seperti membeli makanan, keperluan dan sebagainya. Berapakah bayaran BPR sebelum ini?

Kategori BPR 2021:

1. Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 ke bawah
Jumlah bantuan : RM1,200 (jika mempunyai sehingga seorang anak)
Jumlah bantuan : RM1,800 (jika mempunyai dua orang anak atau lebih)

2. Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 hingga RM4,000
Jumlah bantuan : RM800 (jika mempunyai sehingga seorang anak)
Jumlah bantuan : RM1,200 (jika mempunyai dua orang anak atau lebih)

3. Isi Rumah Berpendapatan RM4,001 hingga RM5,000
Jumlah bantuan : RM500 (jika mempunyai sehingga seorang anak)
Jumlah bantuan : RM750 (jika mempunyai dua orang anak atau lebih)

4. Individu Bujang Berpendapatan RM2,500 ke bawah
Jumlah bantuan : RM350 (Mestilah berumur 21 tahun ke atas)

Adakah jumlah tersebut mencukupi? Bagaimana pula bagi tahun 2022? Boleh rujuk panduan di bawah yang akan dikemaskini sebaik sahaja diumumkan

Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

Bantuan Khas Covid-19 atau BKC telah pun diumumkan dalam perutusan khas sebelum ini oleh Perdana Menteri. Bantuan ini amat diperlukan kerana mengambil kira golongan bujang yang sememangnya terkesan khususnya yang masih menganggur kerana peluang pekerjaan juga amat sedikit di musim pandemik ini.

Dengan bantuan tersebut sekurang-kurangnya golongan bujang boleh menggunakannya untuk membuat kerja sendiri seperti berniaga mahupun menjadi rider bagi Grabfood yang kini menjadi semakin popular di musim pandemik kerana orang takut untuk keluar dan menggunakan khidmat penghantaran makanan. Berapa jumlah bantuan BKC yang telah diumumkan sebelum ini? Rujuk di bawah

Adakah ini mencukupi? Adakah akan ada pertambahan bagi BKC dalam Belanjawan 2022? Sama-sama kita nantikan. Boleh juga rujuk pautan di bawah yang akan dikemaskini jika ada pengumuman terkini:

Insiatif Kemudahan Pengeluaran KWSP

Selain daripada bantuan daripada pihak kerajaan yang amat kita harapkan. Rata-rata semua rakyat berharap agar pengeluaran duit daripada Akaun KWSP dibenarkan oleh pihak kerajaan. Terdahulu kerajaan telah pun membenarkan pengeluaran akaun 1 & 2 KWSP yang diberi nama i-Lestari, i-Sinar & i-Citra. Jumlah pengeluaran yang dibenarkan sebelum ini adalah:

i-Lestari

  • Daripada Akaun 2
  • Kadar Maksimum RM500 sebulan
  • Selama 12 bulan iaitu dari April 2020 hingga Mac 2021

i-Sinar

  • Daripada Akaun 1
  • Kadar Maksimum RM10,000 atau 10% terhad maksimum RM60,000
  • Jangka Masa Pembayaran Sehingga 6 bulan

i-Citra

  • Daripada Akaun 1 & 2
  • Kadar Maksimum RM5,00o
  • Jangka Masa Pembayaran Sehingga 5 bulan

Namun masih ramai rakyat Malaysia menyatakan hasrat bahawa ianya tidak mencukupi. Justeru mereka amat berharap bahawa kerajaan membenarkan lagi pengeluaran akaun KWSP. Pihak kerajaan juga sedang ambil maklum dan akan membuat kajian untuk melihat apa yang terbaik untuk rakyat dan negara.

Sekiranya dibenarkan pengeluaran akaun 1 KWSP, akan dikemaskini di pautan di bawah:

Moratorium atau Penangguhan Bayaran Ansuran Bank

Dalam masa yang sama, kita amat berharap juga pihak kerajaan dapat melanjutkan pemberian moratorium ataupun penangguhan bayaran ansuran bank bagi pinjaman kenderaan, loan peribadi, dan juga pinjaman loan rumah. Sebelum ini kerajaan telah pun memberikan pemberian moratorium seperti ketetapan berikut:

  • Moratorium Tanpa Syarat Kelulusan Automatik (Perlu Mohon) :
    Selama 6 bulan (Permohonan dibuka 7 Julai 2021)

Jadi bagi belanjawan 2022 apa pula yang diharapkan oleh kita, rakyat Malaysia bagi pemberian moratorium oleh kerajaan ini? Sama-sama kita nantikan, sekiranya ada akan dikemaskini di pautan di bawah:

Geran Khas Prihatin

Bagi para peniaga kecil & sederhana (PKS), kerajaan tidak ketinggalan untuk memberikan bantuan kewangan dalam menghadapi masalah ekonomi khususnya akibat pandemik COVID-19. Justeru bantuan yang terkini diberikan kerajaan kepada syarikat kecil adalah Geran Khas Prihatin 4.o dengan jumlah bayaran

  • RM500 : September 2021
  • RM500 : November 2021

Justeru bagi belanjawan 2022, apa pula yang diharapkan oleh para peniaga bagi bantuan kewangan yang diberikan kerajaan ini? Marilah kita berdoa agar mendapat bantuan yang lebih bagus untuk kita semua, sekiranya ada akan dikemaskini di pautan di bawah:

Banyak lagi hasrat atau harapan rakyat daripada pihak kerajaan untuk Belanjawan 2022 ini. Dengan keadaan ekonomi yang sangat tertekan ini, rakyat juga banyak menderita kerana kekurangan pendapatan dan sumber duit untuk mencari makan dan keperluan hidup. Diharapkan kerajaan mempertimbangkan sebaiknya segala permintaan rakyat. Nak tahu bantuan apa yang akan rakyat akan terima dalam Belanjawan 2022 boleh baca di SINI (akan dikemaskini setelah belanjawan 2022 diumumkan).

 

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button