PermohonanRumah

Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat Online SPNB (Subsidi Kerajaan) Bermula RM 75 ribu Je!

Cara Daftar Mohon Rumah Mesra Rakyat Isi Borang Online

Pasti ramai lagi yang tak tahu cara mohon Rumah Mesra Rakyat di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan isi rumah dahulunya di bawah RM3,000, kini dinaikkan kepada RM5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang. Tetapi mereka mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan juga selesa.

Maka untuk golongan yang layak, jangan lepaskan peluang untuk dapat membina rumah sendiri dengan bantuan subsidi daripada kerajaan ini. Sebenarnya tak susah mana pun nak mohon skim rumah mesra rakyat ni. Hanya perlu isi borang online, dan hantarkan ke Pejabat SPNB. Syarat yang dikenakan juga tak juga susah untuk layak, boleh rujuk pautan di bawah ini:

Baca Juga: Syarat & Jenis Reka Bentuk Rumah Mesra Rakyat SPNB

Cara Isi Borang Online Mohon Rumah Mesra Rakyat SPNB

Berikut adalah cara untuk mengisi borang online bagi memohon Rumah Mesra Rakyat SPNB:

1. Daftar dengan melayari pautan di bawah dan klik Pendaftaran Baru

2. Isikan Borang Pendaftaran Login dengan lengkap. Alamat email yang diberikan akan dijadikan login ID untuk sistem RMR

  • Pilihan negeri dan parlimen hendaklah mengikut alamat tapak cadangan untuk pembinaan Rumah Mesra Rakyat Nanti.

3. Email mengandungi butiran login dan kata laluan akan dihantar kepada emel pendaftaran seperti berikut;

4. Log masuk ke Sistem Pendaftaran RMR, selepas pendaftaran login, borang pra-pendaftaran akan dimuat turun yang mengandungi:

  • Surat Aku Janji Pemohon
  • Surat Akuan Pelepasan Tuan Tanah dan
  • Borang Lawatan Tapak Bergambar

5. Lengkapkan kesemua borang di atas dan imbas / scan salinan borang tersebut kepada bentuk imej digital (jpg, bmp  dll) untuk dimuat naik semasa pendaftaran nanti.

6. Log Masuk dan isikan Borang Permohonan RMR Online. Terdapat 11 bahagian:

  1. Parlimen dan DUN
  2. Maklumat Pemohon
  3. Pasangan Pemohon
  4. Tanggungan Pemohon
  5. Pemohon Bersama
  6. Hakmilik tanah / tapak
  7. Maklumat tuan punya tanah
  8. Butiran 2 orang saudara terdekat / wakil rujukan yang boleh dihubungi
  9. Borang Soal Selidik
  10. Pilihan Muat Naik Dokumen Pemohon
  11. Muat naik Dokumen Pemohon

7. Setelah selesai mengisi borang, klik Selesai Pendaftaran atau jika ingin Hantar Dokumen Secara Manual, tekan butang Seterusnya di bahagian Pilihan muat naik dokumen pemohon.

8. Tiba di laman Pengesahan, klik pautan Selesai dan Cetak Borang. Borang penuh RMR akan di muat turun secara automatik.

9. Jika memilih untuk menghantar borang secara manual, cetak borang tersebut dan hantar ke pejabat SPNB yang berdekatan bersama borang-borang sokongan lain yang berkenaan.

 

Semakan Status Permohonan

Untuk menyemak status permohonan, sila ikuti langkah berikut:

1. Log masuk ke portal sistem RMR Online

2. Klik bahagaian Status Permohonan dan paparan akan ditunjukkan

3. Untuk mencetak semula borang klik pada Cetak Borang di ruangan Tindakan.

 

Senarai Pejabat Cawangan SPNB

Berikut adalah senarai pejabat cawangan SPNB di seluruh negara:

Negeri

TelefonEmelPegawai

Alamat

Kedah04-4250375spnb_kedah@spnb.com.myEn. Ahmad Yamani bin ZainolNo 1, Jalan PPZ 1, Pusat Perniagaan Zamrud, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman
Pahang09-5733222spnb_pahang@spnb.com.myDato’ Ahmad Islanizam bin A. HalimA-53 – G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.
Melaka04-4250375spnb_kedah@spnb.com.myEn. Ahmad Yamani bin ZainolNo. 19, Jalan Lagenda 3, Taman 1 Lagenda,
75400 Melaka.
Johor07-2259900spnb_johor@spnb.com.myEn. Khairul Hisyam Bin ZakariaLot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor.
Terengganu09-6250076spnb_kualaterengganu
@spnb.com.my
En. Mohd Ridzuan bin Abd. GhaniTingkat 2, Bangunan TD1303, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
Kelantan09-7406546spnb_kelantan@spnb.com.myMejar (B) Ismail bin HassanLot 635 (Corner Lot), Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu, Kelantan.
Perak05-5264188spnb_ipoh@spnb.com.myIr Ahmad Helmi Ahmad KhalilNo. 30-1, Jalan Meru Bestari B5, Medan Meru Bestari, 30020 Ipoh, Perak.
Sabah088-274663spnb_sabah@spnb.com.myEn. Reggie Sua @ Mohd Haffiz bin AbdullahLot B1.3 & B1.6, Tingkat 1, Blok B, Bangunan KWSP. Jalan Karamunsing, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.
Sarawak082-230032spnb_kuching@spnb.com.myEn. Wan Habeeb Alli bin Wan Yep MohdzarLot 13319, Sublot No 3, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, 93050 Kuching, Sarawak.
Negeri Sembilan06-6014498spnb_n9@spnb.com.myNo 24, Jalan Pusat Komersial Saujana 1, Pusat Komersial Saujana, Seremban 2 Height, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.
Perlis04-9768570spnb_kedah@spnb.com.myEn. Ahmad Yamani bin ZainolPejabat Tapak SPNB Perlis, Lot No 10, Tingkat Bawah, Jln Dua, Medan Sri Pulai, 01000 Kangar, Perlis.

 

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button