PermohonanRumah

Cara Mohon Insentif Subsidi Carseat Kanak-Kanak RM150 MyCRS 2023 Mulai 1 Julai 2023

Permohonan Subsidi Pembelian Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak

Ramai tak tahu cara mohon insentif subsidi carseat kanak-kanak? Bukan itu sahaja, ramai ibu bapa di luar sana masih belum tahu sebenarnya kerajaan ada menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk subsidi khusus untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak. Ianya telah diumumkan pada tahun yang lalu oleh Menteri Kewangan dalam pembentangan Bajet 2022 sebagai keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap keselamatan jalan raya bagi kanak-kanak. Bagi tahun 2023, insentif MyCRS 2023 juga masih diteruskan.

Apa Itu Insentif Carseat Kanak-Kanak (MyCRS)?

Program insentif kerusi keselamatan kanak-kanak (MyCRS) Keluarga Malaysia merupakan sebuah program subsidi pembelian kerusi keselamatan (carseat) kanak-kanak kepada golongan B40 dan M40. Ianya adalah program subsidi kepada rakyat Malaysia untuk meningkatkan keselamatan kanak-kanak yang menaiki kenderaan dengan adanya penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint Systems – CRS).

Permohonan Insentif Pembelian Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak

Berikut adalah maklumat lanjut berkaitan insentif pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak keluarga malaysia (MyCRS):

Jumlah Kadar Insentif

Terdapat dua jumlah kadar bagi insentif pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak iaitu sama ada:

  • Percuma – Bagi Harga Jualan CRS RM150 ke bawah
  • Maksimum RM150 – Bagi Harga Jualan CRS RM151 ke atas. (Harga asal – RM150 = Baki Ditanggung Penerima)

*Harga ini adalah harga akhir selepas di jual oleh penjual.

Contoh Situasi 1

Sarimah ingin membeli kerusi keselamatan kanak-kanak yang berharga RM150 selepas menerima pengesahan kelayakan insentif. Potongan harga adalah sebanyak RM150, maka Sarimah tidak perlu membayar apa-apa atau Percuma.

Contoh Situasi 2

Rizal dan Aida adalah pasangan suami isteri, mereka ingin membeli CRS berharga RM400. Oleh kerana jumlah maksimum subsidi yang diberikan di bawah program ini adalah RM150, maka mereka perlu membuat bayaran tambahan sebanyak RM250 bagi CRS tersebut.

Syarat Kelayakan

Antara kriteria kelayakan penerima subsidi carseat (CRS) 2023 adalah seperti di bawah:

  1. Penerima insentif adalah daripada kategori pendapatan isi rumah B40 atau M40
  2. Pemohon mempunyai anak yang berusia kurang daripada 12 tahun termasuk ibu yang sedang mengandung
  3. Warganegara yang nenetap di Malaysia

*Peruntukan sebanyak RM12 juta (sehingga habis ditebus)

Tarikh Permohonan

Tempoh permohonan baharu penebusan program insentif pembelian carseat kanak-kanak bagi yang belum pernah memohon:

  • Dibuka : 1 Julai 2023
  • Ditutup : 15 September 2023

Untuk mereka yang pernah menerima MyCRS sebelum ini atau yang telah disenarai layak, bolehlah terus menebus insentif MyCRS 2023 dengan membuat semakan kelayakan mulai 19 Jun 2023 melalui pautan:

Dokumen diperlukan

Sebelum menebus, dokumen yang perlu dibawa semasa membuat penebusan adalah seperti di bawah:

  1. Salinan Mykad pemohon; dan
  2. Mykid/Sijil Lahir untuk anak yang berusia kurang daripada 12 tahun atau
  3. Buku Rekod Kesihatan Ibu Mengandung @ Buku Pink (untuk anak yang masih dalam kandungan)

Cara Tebus Insentif Pembelian CRS

Bagi permohonan penebusan subsidi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak, prosesnya adalah seperti berikut:

1. Pemohon hendaklah semak kelayakan terlebih dahulu kriteria kelayakan sebelum membuat permohonan

2. Setelah itu, pemohon boleh membuat permohonan di laman sesawang www.mycrs.gov.my

3. Pemohon yang layak atau lulus boleh menebus subsidi menerusi pembelian dengan penjual bertauliah yang disenaraikan di laman sesawang dengan harga rebat

4.  Setelah berjaya membeli dan mendapatkan CRS tersebut, diharapkan menggunakannya setiap masa bersama anak masing-masing.

Nota: Jumlah peruntukan bilangan CRS yang boleh dibeli di bawah program insentif ini adalah satu (1) CRS untuk satu (1) isi rumah.

Cara Semak Status MyCRS

Semakan keputusan permohonan subsidi MyCRS boleh dibuat mulai 1 April 2022 (bagi permohonan sebelum 31 Mac 202). Untuk permohonan selepas 1 April 2022, keputusan permohonan boleh disemak selepas tiga (3) hari bekerja

1. Layari http://www.mycrs.gov.my

2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik Semak

2. Paparan status akan ditunjukkan

Tempoh Sah Subsidi

Tempoh sah laku bagi penebusan insentif MyCRS 2023 adalah sehingga 30 September 2023 atau sehingga peruntukan RM12 juta habis ditebus.

Bakal Melahirkan Anak

Bagi yang bakal melahirkan anak pada tahun 2023, boleh memohon tuntutan insentif bagi anak yang baru dilahirkan bermula tarikh permohonan baharu yang sama seperti dinyatakan di atas.

  • Semakan kelayakan adalah selepas 1 minggu dari tarikh mendaftar
  • Sila kemukakan buku rekod kesihatan ibu mengandung atau Buku Pink ketika membuat penebusan insentif.

 

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila rujuk pautan berikut:

TAHUN 2022

Baca Juga: Tarikh Bayaran Bantuan & Inisiatif Kerajaan Tahun 2023

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button